Nanning Tuan Rumah Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN 2023

(CRI)Rabu 30 Ogos 2023

Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN 2023 dijadual berlangsung selama dua hari mulai 15 September di Nanning, wilayah Guangxi.

Difahamkan, matlamat penganjuran forum tersebut adalah untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, serta untuk memperkasa kerjasama alam sekitar antara China dan ASEAN, selain turut merupakan kesinambungan daripada Sidang Pemimpin-peminpin China-ASEAN.

Sebagai forum peringkat tinggi di bawah kerangka Ekspo China-ASEAN ke-20, kedua-dua pihak bertukar-tukar dan berunding secara mendalam berpandukan tema 'Bersama membincang penyelarasan tadbir urus cuaca dan alam sekitar, manusia dan alam hidup secara harmoni'.

Pada masa sama, forum tersebut juga akan memfokuskan koordinasi serta kerjasama dalam mengatasi perubahan iklim dan biodiversiti.

Menurut jadual, selain majlis pembukaan dan penutupan dan empat sub forum, Pameran Perlindungan Alam Antarabangsa China-ASEAN juga akan diadakan serentak untuk menggerakkan pertukaran dan kerjasama industri perlindungan alam sekitar antara China dengan negara ASEAN.

Untuk rekod, Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN diadakan dengan jayanya sebanyak 11 kali sejak tahun 2011.

Dimaklumkan, untuk edisi kali ini, langkah-langkah pengurangan pelepasan karbon dan neutral karbon akan dilaksanakan agar untuk memperlihat konsep pembangunan hijau dan mampan sepanjang forum.

Ia sekali gus menjadi contoh terhadap sektor karbon rendah bagi aktiviti berskala besar seperti Ekspo China-ASEAN dan forum peringkat tinggi yang lain.

Video

Berita Berkaitan