Kongres Kebangsaan ke-11 Libatkan Perantau China Pulang ke Tanah Air

(CRI)Jumaat 01 September 2023

Kongres kebangsaan ke-11 melibatkan perantau China yang pulang ke tanah air serta ahli keluarga mereka, membuka tirainya di Beijing pada Khamis.

Pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan negara termasuk Xi Jinping, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang and Han Zheng menghadiri kongres berkenaan.

Li Xi mewakili Jawatankuasa Pusat PKC menyampaikan ucapan semasa kongres itu.

Hampir 1,200 wakil perantau China yang sudah pulang ke tanah air serta anggota keluarga, dan seramai 600 orang pemastautin China dari lebih 100 negara dijemput menyertai kongres tersebut.

Video

Berita Berkaitan