Semarak Etos Pekerja Teladan, Kukuh Kemandirian Teknologi: Xi

(CRI)Isnin 04 September 2023

Presiden Xi Jinping berharap agar etos pekerja teladan dan ketukangan yang unggul dapat terus disemarakkan ke arah membantu mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.

Harapan itu diluahkan beliau menerusi surat balas kepada pekerja dari kilang pemasangan aeroenjin berafiliasi dengan Aero Engine Corporation of China (AECC) pada Jumaat.

Dalam surat itu, Xi menghargai jasa dan dedikasi pekerja berkenaan yang menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan aeroenjin.

Beliau menyifatkan aeroenjin memperlihatkan kekuatan sains dan teknologi serta keupayaan inovasi negara.

Xi menggalakkan mereka meneruskan usaha sehingga menguasai lebih banyak teknologi teras dan mempercepat kerja penyelidikan kendiri enjin pesawat udara.

Video

Berita Berkaitan