Xi Ucap Takziah Kebakaran di Johannesburg

(CRI)Isnin 04 September 2023

Presiden China Xi Jinping merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa susulan kebakaran yang berlaku di Johannesburg pada Khamis lalu.

Xi mewakili kerajaan dan rakyat China menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan jiwa yang berlaku akibat insiden tersebut, dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta mereka yang cedera.

Beliau yakin rakyat Afrika Selatan mampu mengatasi segala kesukaran di bawah pimpinan Presiden Ramaphosa.

Video

Berita Berkaitan