Jumlah Pempamer CIFTIS Terus Bertambah

(CRI)Selasa 05 September 2023

Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) tahun 2023 berlangsung di Beijing pada masa sekarang.

Jumlah pempamer bertambah 12 berbanding edisi tahun lepas, dengan menyaksikan penglibatan 59 negara dan 24 pertubuhan antarabangsa. Antaranya, Georgia, Benin, Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) membuka gerai pameran buat kali pertama atas nama kerajaan atau ibu pejabat.

Pengunjung dan perusahaan yang terpukau menumpu kepada pameran perkhidmatan khas dan hasilan perkembangan terkini dalam bidang ekonomi digital, perkhidmatan kebudayaan, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan perubatan. Antaranya tiga zon kendalian Itali berkait pertunjukan, perbincangan dan resepsi berperanan mempamerkan perkhidmatan dan pembangunan negaranya dalam ekonomi dan perdagangan, kewangan dan insurans serta rantaian pembekalan.

Pengarah Pusat Inovasi Iran yang bertapak di China, Amir menyifatkan CIFTIS wahana baik untuk mempromosikan produk. Sempena ulang tahun ke-10 pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), pihaknya menanti-nantikan peluang terbaik bagi mengeratkan kerjasama dengan China.

Minister Eknomi Kedutaan Korea Selatan ke China, Yuh Pok-keun berkata, CIFTIS menyediakan peluang pembangunan yang semakin banyak kepada perusahaan kedua-dua negara, dan kerjasama serta interaksi bilateral patut digalakkan terus.

Video

Berita Berkaitan