Kadar Saringan Neonatal Kebangsaan untuk Penyakit Genetik Kekurangan Enzim G6PD Melebihi 90%

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 07 September 2023

(foto/IC)

(foto/IC)

Pada 28 Ogos, Persekutuan Orang Kurang Upaya China telah mengumumkan status pelaksanaan Pelan Tindakan Pencegahan Kehilangan Upaya Kebangsaan (2021-2025).

Dari segi mencegah dan menangani kecacatan lahir dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh gangguan perkembangan, tahap pencegahan peringkat awal dalam kalangan bayi baru lahir telah ditingkatkan lagi. Ini hasil daripada langkah China mengukuhkan kaunseling serta perkhidmatan rumah tangga dan keluarga, menawarkan penjagaan kesihatan sebelum perkahwinan dan kehamilan, di samping mempertingkatkan pembinaan keupayaan khidmat diagnostik pranatal secara menyeluruh.

Dimaklumkan, kadar pemeriksaan praperkahwinan seluruh negara telah mencapai 70.9%, sementara kadar liputan populasi sasaran pemeriksaan kesihatan eugenik prakehamilan mencapai 93.5%. Kadar pemeriksaan pranatal pula mencapai 85.7%, manakala bagi penyakit genetik kekurangan enzim G6PD dan pendengaran bayi baru lahir, kadar pemeriksaan masing-masing mencapai 98.1% dan 97.1%. Kadar pengurusan sistematik kanak-kanak di bawah usia 3 tahun mencapai 93.0%.

Xing Ruoqi, timbalan pengarah Jabatan Hal Ehwal Perubatan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, pada 2022, kadar kematian ibu, kadar kematian bayi dan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di China turun ke tahap terendah. Kadar kemasukan wanita hamil ke hospital di seluruh negara telah stabil pada lebih daripada 99%. Kadar pengurusan sistem kekal melebihi 90%.

Dari segi pencegahan kehilangan upaya akibat penyakit, jabatan berkaitan telah meningkatkan tahap pencegahan dan kawalan penyakit kronik, penyakit berjangkit, penyakit endemik, dan penyakit yang berpunca daripada sesetengah pekerjaan dengan mengukuhkan pengurusan terpiawai penyakit kronik, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan pemantauan penyakit endemik utama, dan menjalankan rawatan khas bagi pekerjaan berbahaya.

Kadar vaksinasi program imunisasi kanak-kanak berdasarkan usia kekal melebihi 90%, dan kadar pengurusan terpiawai pesakit berdaftar yang mengalami gangguan mental teruk melebihi 80%. Sehingga penghujung Julai 2023, terdapat lebih 2,300 institusi perkhidmatan pemulihan berasaskan komuniti untuk pesakit gangguan mental di seluruh negara. Langkah seterusnya ialah meningkatkan bekalan perkhidmatan dengan berkesan dan menyepadukan serta membentuk platform maklumat perkhidmatan rujukan nasional untuk pemulihan berasaskan komuniti.

Dari segi mencegah kehilangan upaya akibat kecederaan, bilangan insiden kemalangan industri telah menurun sebanyak 24% tahun ke tahun. Dari sudut mempromosikan perkhidmatan pemulihan kehilangan upaya pula, seramai 407,000 kanak-kanak kurang upaya telah menerima bantuan, dan lebih daripada 8 juta orang kurang upaya telah menerima perkhidmatan berkenaan. Kadar liputan perkhidmatan pemulihan asas untuk orang kurang upaya dan kadar penyesuaian alat bantuan asas telah mencapai lebih daripada 85%.

Video

Berita Berkaitan