Xi Tinjau Heilongjiang

(CRI)Ahad 10 September 2023
Xi Tinjau Heilongjiang

Presiden China, Xi Jinping menjalankan tinjauan di provinsi Heilongjiang pada 6 hingga 8 September, iaitu kali pertama dalam tempoh lima tahun lalu.

Taman Hutan Buatan Mohe merupakan lokasi persinggahan pertama dalam jadual tinjauan Presiden Xi pada petang 6 September. Beliau menekankan bahawa perhutanan dan perlindungan patut diambil kira pada kedudukan yang sama, manakala langkah-langkah pencegahan perlu diambil berat sama seperti 'siapkan payung sebelum hujan'.

Kampung Beijicun atau "Kampung Kutub Utara" yang terletak di kawasan sempadan yang paling utara di tanah China, dijadikan lokasi persinggahan kedua dalam jadual tinjauan Xi. Beliau menyatakan bahawa industri perhutanan dan pelancongan diharap digalakkan serentak agar pemandangan tempatan dan sumber salji dan ais boleh dijadikan penjana pendapatan bagi penduduk yang hidup bergantung kepada pelancongan desa, industri tunjang bagi ekonomi tempatan.

Xi yang peka akan pembangunan semula di kawasan bencana banjir, memilih kampung Longwangmiao di bandar Shangzhi yang terjejas teruk sebagai lokasi persinggahan ketiga dalam jadual tinjauannya pada sebelah pagi 7 September. Beliau mengarahkan kerajaan tempatan agar memperhalusi perancangan dan tindakan yang melibatkan masalah hidup rakyat dalam pelbagai bidang, dan memastikan mangsa mengalami musim sejuk dengan selamat.

Pada hari yang sama, Xi juga meninjau Universiti Kejuruteraan Harbin yang ditetapkan sebagai lokasi persinggahan ke-4. Beliau menggalakkan universiti itu memacu pengajaran, penyelidikan sains dan teknologi dan pendidikan kepakaran supaya dapat memberi sumbangan baharu kepada pembangunan tanah air.

Sementara itu, Xi mengucap tahniah kepada barisan guru di universiti itu bahkan seluruh warga guru di peringkat kebangsaan pada saat menjelang ketibaan Hari Guru yang jatuh pada 10, September.

Pada 8 September, iaitu hari terakhir dalam jadual tinjauan kali ini, Presiden Xi telah mendengar laporan kerja provinsi Heilongjiang.

Beliau menekankan bahawa Heilongjiang perlu mendorong transformasi industri dan menyusun struktur industri secara berturut-turut melalui inovasi sains dan teknologi, terus memainkan peranan sebagai "lubuk" utama bagi penghasilan bijirin di peringkat kebangsaan, giat mengembangkan pelancongan yang bercirikan budaya tempatan, dan membangunkan diri sebagai jendela yang menuju ke arah utara dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka.

Xi yakin Heilongjiang yang bersemangat gigih dalam perjuangan pasti boleh membuka lembaran baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan