Prestasi Kewangan China Baik pada Ogos

(CRI)Selasa 12 September 2023

Bank Rakyat China, iaitu bank pusat di negara ini mengumumkan data kewangan untuk bulan Ogos, pada Isnin.

Ia menunjukkan bahawa pada akhir Ogos, M2 di negara ini meningkat sebanyak 10.6 peratus dari tahun ke tahun. Sementara itu, jumlah pembiayaan masyarakat dan pinjaman renminbi pada Ogos masing-masing merekodkan peningkatan besar, lebih tinggi daripada unjuran.

Menurut pandangan pakar, sejak bulan Ogos, kecekapan pelaksanaan dasar dalam sektor fiskal, percukaian, kewangan, dan hartanah berjaya merangsang jangkaan pasaran dan mengukuhkan keyakinan pasaran.

Video

Berita Berkaitan