"Forum Pemulihan Luar Bandar 2023·Guangxi" Dianjurkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 September 2023

Pada pagi 20 September, "Forum Pemulihan Luar Bandar 2023·Guangxi" dirasmikan di bandar Nanning. Chen Yijun, ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Parti dan Menteri Jabatan Propaganda Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menghadiri majlis perasmian dan mengumumkan pelancaran "Studio No.1 People’s Daily Online: Aktiviti Bersiri Promosi Guipin".

Sewaktu majlis perasmian.

Sewaktu majlis perasmian.

Xu Lijing, Timbalan Ketua Pengarang People’s Daily, dan Xu Xianhui, Naib Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi telah berucap pada majlis perasmian.

Forum ini berlangsung selama dua hari, dengan tema "Menggalakkan Pembinaan Desa Harmoni dan Indah yang sesuai untuk didiami dan sesuai untuk industri". Para pemimpin wilayah dan bandar yang berkaitan serta pemimpin dari jabatan pertanian dan luar bandar, pakar dan cendekiawan dalam bidang "pertanian, kawasan luar bandar dan petani", wakil perusahaan terkemuka, bersama-sama pakar pertanian dari negara-negara ASEAN, berkumpul untuk berkongsi amalan dan pengalaman dalam pemulihan luar bandar, menghimpunkan kebijaksanaan dan tenaga untuk menggiatkan semula kawasan desa secara menyeluruh.

Pada majlis perasmian, Huang Zhiyu, pengarah Biro Pemulihan Luar Bandar Guangxi menghuraikan hasil usaha wilayah autonomi itu, di samping memperkenalkan kajian kes ciri bersepadu melibatkan pembaharuan yang berkenaan. Selepas tiga tahun bekerja keras, Guangxi telah mewujudkan sejumlah 300 kampung perintis yang cemerlang untuk integrasi pembaharuan pemulihan luar bandar. Inisiatif yang diambil merangkumi penerokaan laluan baharu, mekanisme baharu dan model baharu untuk pemulihan luar bandar membabitkan kawasan dan jenis yang berbeza.

Liu Xiang, timbalan pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi, mengeluarkan laporan mengenai pembangunan e-dagang produk pertanian di Guangxi. Guangxi telah menggalakkan pembangunan bersepadu e-dagang dan pembangunan bersepadu industri bermanfaat dan berciri, seperti mencipta beberapa jenama produk pertanian e-dagang yang berpengaruh di peringkat nasional seperti mi siput (luoshifen) Liuzhou, mutiara Beihai, mangga Baise, kumquat Rong’an dan buah markisa Beiliu.

Antara topik yang turut dikongsikan pada forum ini adalah tentang situasi berkaitan pembangunan berkualiti tinggi industri bunga melur di Hengzhou untuk menggalakkan pemulihan luar bandar. Bandar ini berusaha keras untuk menjadikan penggiatan semula industri-industri sebagai keutamaan bagi menghidupkan semula kawasan desa. Pada 2022, pendapatan bersih per kapita tahunan penduduk setempat yang dikeluarkan daripada kemiskinan mencecah 16,000 yuan.

Menurut laporan, atur cara forum dua hari itu termasuk majlis perasmian, ucaptama, pengumuman kajian kes, dialog meja bulat, penyelidikan di tapak, seminar serta aktiviti-aktiviti lain.

“Studio No.1 People’s Daily Online: Aktiviti Bersiri Promosi Guipin” telah dilancarkan.

“Studio No.1 People’s Daily Online: Aktiviti Bersiri Promosi Guipin” telah dilancarkan.

Video

Berita Berkaitan