ODI Bukan Kewangan China Naik 18.8 Peratus

(CRI)Jumaat 22 September 2023

Pelaburan langsung ke luar negara (ODI) bukan kewangan China merekodkan peningkatan sebanyak 18.8 peratus kepada 585.61 bilion yuan (RM376.06 bilion) bagi lapan bulan pertama tahun ini.

Dalam pada itu, jumlah ODI bukan kewangan yang dibuat syarikat China di negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah 140.37 bilion yuan (RM90.14 bilion), naik 22.5 peratus.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yadong berkata usaha akan giat dilakukan untuk menjayakan pelbagai aktiviti bertema 'Invest in China Year' pada fasa seterusnya.

"Sebagai contoh, sidang kemuncak 'Invest in China Year' akan diadakan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6, sebagai pendekatan untuk menyokong syarikat domestik melabur di luar negeri.

"Ia juga akan membantu syarikat asing mengembangkan sayap mereka di pasaran China dan berkongsi faedah daripada pembangunan China," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan