- Lain-lain
Surat Tahniah Xi kepada Forum Pengangkutan Mampan Global
Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Pengangkutan Mampan Global yang dirasmikan di Beijing hari ini.
Xi menyatakan bahawa membina sistem pengangkutan yang mudah, efisien, hijau, ekonomis, inklusif dan akomodatif merupakan langkah penting bagi menyokong dan mendorong pembangunan sosioekonomi ke arah yang berkualiti tinggi. China yang menampil dengan gah di pentas dunia melalui pembangunan pengangkutan, komited akan mendorong kerjasama pengangkutan global, dan membekalkan peluang baharu kepada dunia semasa membangunkan negara sendiri.
Menurutnya, China bersedia bersama dengan negara lain memegang konsep berunding bersama, membina bersama dan berkongsi, berusaha memacu pembangunan pengangkutan mampan demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara, sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, usaha memperjuangkan sasaran pembangunan mampan tahun 2023 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.