Xi Tekankan Pentingnya Pembangunan Mampan Pengangkutan Global

(CRI)Jumaat 14 Oktober 2022

Usaha menggalakkan pembangunan mampan pengangkutan serta kesalinghubungan global penting bagi memastikan kestabilan dan kelancaran rantaian bekalan logistik, dan memacu pertumbuhan ekonomi sejagat.

Demikian ditekankan Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya sempena penubuhan Pusat Inovasi dan Pengetahuan Global untuk Pengangkutan Mampan, pagi tadi.

Xi menyifatkan penubuhan pusat itu sebagai langkah penting untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, China bersedia bersama-sama negara lain memanfaatkan sepenuhnya platform tersebut untuk memperkasa kolaborasi pengangkutan di peringkat global.

Gaya Hidup