China Bantah Keras Pelepasan Air Tercemar Nuklear Jepun

(CRI)Sabtu 07 Oktober 2023

Pendirian China dalam pelepasan air tercemar nuklear dari loji Fukushima, Jepun ke laut adalah konsisten dan jelas. China membantah sekeras-kerasnya tindakan Jepun melepaskan air radioaktif ke laut secara sepihak.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China.

Tegasnya, lautan adalah harta dimiliki semua umat manusia. Kerajaan Jepun patut memberikan respons kepada kebimbangan masyarakat antarabangsa, berunding secara ikhlas dengan negara jiran, dan menangani air tercemar nuklear dengan cara yang bertanggungjawab.

Di samping itu, menurut jurucakap itu, masyarakat antarabangsa harus mendorong penubuhan agenda pemantauan antarabangsa jangka panjang, serta memastikan penglibatan negara-negara jiran Jepun dan pihak-pihak berkepentingan dalam pengaturan itu.

Menurut TEPCO, pelepasan air tercemar nuklear dari loji Fukushima ke laut pusingan kedua dimulakan pada Khamis. Jumlah pelepasan pusingan ini kira-kira 7,800 tan dan akan habis dilepaskan dalam 17 hari.

Video

Berita Berkaitan