Krisis Palestin-Israel: China Giat Dorong Gencatan Senjata, Galak Rundingan Damai

(CRI)Khamis 12 Oktober 2023

Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun menghubungi Timbalan Menteri Luar Pertama Palestin, Amal Jadou menerusi telefon pada Rabu.

Zhai berkata China sedih melihat kematian dan kecederaan orang awam yang tidak berdosa akibat konflik Palestin-Israel, dan amat bimbang terhadap situasi keselamatan dan kemanusiaan yang semakin buruk di Palestin.

"Tugas yang paling mendesak dewasa ini adalah mewujudkan gencatan senjata serta-merta dan melindungi penduduk awam.

"Masyarakat antarabangsa harus memainkan peranan efektif ke arah meredakan ketegangan dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," ujar beliau.

Menurut Zhai, jalan keluar bagi menamatkan konflik itu terletak pada pemulihan rundingan damai berasaskan 'penyelesaian dua negara', penubuhan negara Palestin yang merdeka serta realisasi hidup bersama secara aman antara Palestin dengan Israel.

"Kami (China) akan terus mendorong gencatan senjata dicapai bagi menamatkan keganasan, dan membantu meredakan krisis kemanusiaan.

"Pihak kami juga akan aktif menggalakkan perdamaian dan perundingan, sekali gus memainkan peranan konstruktif dalam menggerakkan penyelesaian isu berkenaan secara menyeluruh, adil dan berkekalan," katanya.

Sementara itu, Jadou menzahirkan penghargaan atas pendirian konsisten China dalam isu Palestin, sambil menyuarakan harapan agar China terus memainkan peranan bersifat membina dalam situasi ketika ini.

Video

Berita Berkaitan