Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 01 Oktober 2023

Berbekalkan moto peribadi “potensi manusia tak terbatas, dan saya nak tahu setakat mana kemampuan diri”, Zhen Xin yang berumur 16 tahun telah pun mengatasi bermacam-macam cabaran yang pasti menghairankan orang dewasa sekalipun.

Musim panas ini, Zhen berjaya mendaki lima gunung terkenal di China dalam lima hari. Hanya dalam masa empat hari dan sepuluh jam, remaja ini berjaya menawan puncak Gunung Huashan, Songshan, Taishan dan Hengshan di provinsi Shanxi serta Gunung Hengshan di provinsi Hunan. Dengan itu, dia menjadi orang yang paling muda dan paling pantas menyelesaikan cabaran tersebut.

Zhen bukanlah orang baru dalam menyahut cabaran seumpama. Bermula dengan larian pertamanya pada usia 11 tahun, gadis ini kini sudah melintasi garisan penamat maraton sebanyak 13 kali. Dia sudah pun memasang niat untuk menyertai Cabaran Maraton Dunia yang melibatkan larian tujuh maraton di tujuh benua dalam tujuh hari, sebaik sahaja sampai umur 18 tahun nanti.

Sekarang masih di bangku sekolah menengah, Zhen yang tidak henti-henti berusaha melangkaui batasan kemampuan diri sudah merancang untuk mendapatkan ijazah psikologi ketika di universiti.

“Saya nak meneroka (perkara-perkara) yang tak diketahui,” katanya.

Video

Berita Berkaitan