Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 13 Oktober 2023

Pengasas ‘Sudut China’ dan tenaga pengajar bagi mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kolej St. Margaret di Malta, Martin Azzorpardi dalam satu wawancara bersama People's Daily Online baru-baru ini memuji Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dianjurkan China.

Beliau menzahirkan penghargaannya kepada kerajaan China yang mewujudkan platform bagi menggalakkan dialog budaya dan kerjasama antara negara.

"Saya dengan besar hati mahu menyatakan bahawa Malta adalah salah satu negara pertama yang menyertai BRI. Inilah yang kita perlukan pada masa ini.

"Kita tidak perlukan peperangan. Kita perlu bersatu. Kita perlu berkongsi budaya dan juga berkongsi idea serta belajar untuk bekerjasama,” kata Azzorpardi.

Menurut guru sains tersebut, minatnya terhadap budaya China mula tercetus semasa melakukan lawatan transformatif ke negara Tembok Besar pada 2010. Beliau mengembara melalui bandar-bandar sibuk seperti Shanghai, Beijing serta Hong Kong, dan menyifatkan pengalaman ketika itu sebagai sesuatu yang memberi kesan mendalam. Sekembalinya Azzorpardi ke Malta, beliau mendedikasikan dirinya untuk mempromosikan pertukaran budaya antara Malta dan China.

Pada 2020, Azzorpardi dan guru-guru lain serta pelajarnya dari ‘Sudut China’ telah mengirim surat kepada Presiden Xi Jinping. Antara isi kandungan surat tersebut adalah tentang kekaguman mereka terhadap budaya China, memuji visi masa depan bersama untuk umat manusia, iaitu sama seperti objektif BRI.

Bersama-sama salah seorang pelajarnya dan beberapa rakan antarabangsa, Azzorpardi melawat banyak tempat di seluruh China, termasuk Liangjiahe, sebuah kampung kecil di Yan'an, provinsi Shaanxi di barat laut China, tempat Presiden China Xi Jinping menghabiskan sebahagian daripada tempoh pembentukannya. Bagi Azzorpardi, lawatan tersebut berjaya memperdalam pemahamannya tentang pembangunan sosioekonomi China sejak beberapa dekad yang lalu.

Video

Berita Berkaitan