Burung Dapat Vaksin, Elak Jangkitan Selesema di Zoo Guangzhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 November 2023

Kakitangan memvaksin haiwan di Zoo Guangzhou di Guangzhou, provinsi Guangdong di selatan China, 6 November 2023.

Kakitangan memvaksin haiwan di Zoo Guangzhou di Guangzhou, provinsi Guangdong di selatan China, 6 November 2023.

Kira-kira 370 ekor burung daripada 24 spesies, termasuk burung jenjang bermahkota merah (red-crowned cranes), flamingo dan angsa berleher hitam, telah diberikan vaksin di Zoo Guangzhou pada Isnin bagi mengelakkan selesema burung.

Menurut maklumat, tempoh berisiko tinggi untuk jangkitan penyakit burung adalah pada musim bunga dan ketika pertukaran musim luruh dan musim sejuk berikutan perubahan suhu dan penghijrahan burung.

Kakitangan memvaksin haiwan di Zoo Guangzhou di Guangzhou, provinsi Guangdong di selatan China, 6 November 2023.

Kakitangan memvaksin haiwan di Zoo Guangzhou di Guangzhou, provinsi Guangdong di selatan China, 6 November 2023.

Untuk melindungi kesihatan haiwan dan pelawat, Zoo Guangzhou memberikan vaksin kepada lebih daripada 1,000 ekor burung yang terdiri daripada hampir 80 spesies sebanyak dua kali setahun untuk influenza burung yang sangat berpatogen.

Video

Berita Berkaitan