Usahasama China-Brunei Tandatangani Perjanjian Projek Petrokimia Fasa 2

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 November 2023

Majlis menandatangani Perjanjian Pelaksanaan Projek Pembangunan Pulau Muara Besar (PMB) Fasa 2 pada 8 November 2023 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Hengyi Industries, usaha sama terbesar antara Brunei dan China, menandatangani Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Pembangunan Fasa 2 Pulau Muara Besar (PMB) pada Rabu, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan bagi projek petrokimia utama. (Xinhua/Jeffrey Wong)

Majlis menandatangani Perjanjian Pelaksanaan Projek Pembangunan Pulau Muara Besar (PMB) Fasa 2 pada 8 November 2023 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Hengyi Industries, usaha sama terbesar antara Brunei dan China, menandatangani Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Pembangunan Fasa 2 Pulau Muara Besar (PMB) pada Rabu, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan bagi projek petrokimia utama. (Xinhua/Jeffrey Wong)

Hengyi Industries, usaha sama terbesar antara Brunei dan China, menandatangani Perjanjian Pelaksanaan bagi Projek Pembangunan Fasa 2 Pulau Muara Besar (PMB) pada Rabu, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan bagi projek petrokimia utama itu.

Hengyi Industries iaitu usaha sama antara Kumpulan Zhejiang Hengyi China dan Damai Holdings yang merupakan anak syarikat milik penuh di bawah Dana Modal Pembangunan Strategik kerajaan Brunei itu memiliki saham masing-masing sebanyak 70 peratus dan 30 peratus.

Untuk rekod, fasa pertama projek petrokimia Hengyi PMB telah mula beroperasi pada November 2019.

Menurut Pengerusi Zhejiang Hengyi Group, Qiu Jianlin, penyiapan fasa 2 akan meningkatkan kapasiti penapisan minyak mentah sebanyak dua juta tan setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Haji Awang Halbi berkata bahawa Hengyi Industries telah menjadi rakan kongsi utama Brunei Darussalam dalam usaha ke arah mempelbagaikan sektor ekonomi negara melalui hiliran minyak dan gas.

Beliau menyatakan bahawa kerjasama itu secara tidak langsung mendekatkan Brunei ke arah merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Ekonomi negara.

"Sejak diberi tauliah pada 2019, Hengyi Industries telah berperanan penting dalam mengukuhkan keselamatan tenaga dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam, dengan menyumbang secara langsung lebih daripada 4.5 bilion dolar Brunei (3.3 bilion dolar Amerika) kepada KDNK negara sehingga 2022, dan kini memegang bahagian penting kira-kira 9.4 peratus daripada jumlah KDNK negara.

“Hengyi Industries menyumbang sekitar 55 peratus daripada jumlah eksport negara pada 2022,” tambah Awang Halbi yang juga Menteri Pertahanan II serta Pengerusi bersama Jawatankuasa Pemandu Pembangunan PMB, pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Empire Brunei.

Menteri itu berkata, perjanjian bagi projek Fasa 2 turut menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perkongsian antara Brunei dan China. Beliau yakin bahawa Hengyi akan terus berpegang pada piawaian tinggi dalam pelaksanaan projek Fasa 2 dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi Brunei.

Video

Berita Berkaitan