“Pawagam Guangming” CUC Menang Anugerah Teladan Pengurangan Kemiskinan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 13 November 2023

Seminar Perkongsian Pengurangan Kemiskinan Global 2023 diadakan di Beijing pada 1 November 2023. Pada seminar tersebut, senarai 104 kempen terbaik hasil daripada aktiviti koleksi projek-projek pengurangan kemiskinan global telah diumumkan.

Seminar Perkongsian Pengurangan Kemiskinan Global 2023 diadakan di Beijing pada 1 November 2023. (foto/CUC)

Aktiviti pemilihan tersebut, yang dianjurkan untuk kali keempat, ditaja bersama oleh tujuh institusi iaitu Pusat Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa China (IPRCC), Bank Dunia (WB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Tabung Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian (IFAD), Program Makanan Sedunia (WFP), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Pusat Berita Internet China (CIIA)

Antara yang tersenarai, projek kebajikan awam orang kelainan upaya (OKU) “Pawagam Guangming” oleh Universiti Komunikasi China (CUC) menonjol daripada 898 calon dan memenangi anugerah teladan terbaik.

Wakil “Pawagam Guangming” dari Universiti Komunikasi China (CUC) dan wakil pasukan lain menerima anugerah. (foto/CUC)

Wakil “Pawagam Guangming” dari Universiti Komunikasi China (CUC) dan wakil pasukan lain menerima anugerah. (foto/CUC)

Pada masa ini, terdapat lebih 85 juta OKU di China. Sejak pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan, pencapaian melibatkan kebajikan OKU adalah luar biasa. Selain pembasmian kemiskinan material, pembasmian kemiskinan budaya sentiasa dipandang tinggi sebagai jaminan penting untuk mengubah asas kemunduran kawasan miskin.

Sejak dilancarkan pada 2017, projek kebajikan awam OKU “Pawagam Guangming” telah menghasilkan lebih 500 filem untuk golongan berkenaan. “Pawagam Guangming” juga bekerjasama dengan kerajaan tempatan, Persekutuan Orang Kelainan Upaya, Persatuan Orang Buta, Sekolah Orang Buta dan unit lain untuk menyediakan perkhidmatan dalam komuniti, pawagam, perpustakaan, sekolah OKU, rumah OKU dan sebagainya.

“Pawagam Guangming” menghantar filem ke rumah OKU di pekan Puge, kawasan autonomi Liangshan Yi, provinsi Sichuan. (foto/CUC)

“Pawagam Guangming” menghantar filem ke rumah OKU di pekan Puge, kawasan autonomi Liangshan Yi, provinsi Sichuan. (foto/CUC)

“Pawagam Guangming” menyediakan filem untuk OKU kepada sekolah buta di Beijing. Filem ditayangkan setiap bulan. (foto/CUC)

“Pawagam Guangming” menyediakan filem untuk OKU kepada sekolah buta di Beijing. Filem ditayangkan setiap bulan. (foto/CUC)

“Pawagam Guangming” mempersembahkan filem untuk OKU kepada pelajar cacat penglihatan di pekan Zhongyang, bandar Luliang, provinsi Shanxi. (foto/CUC)

“Pawagam Guangming” mempersembahkan filem untuk OKU kepada pelajar cacat penglihatan di pekan Zhongyang, bandar Luliang, provinsi Shanxi. (foto/CUC)

Video

Berita Berkaitan