Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China Pertama Dirasmikan

(CRI)Selasa 28 November 2023

Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi pertama yang bertemakan "menghubungkan dunia dan meneroka bersama masa depan" dirasmikan di Beijing hari ini.

Semasa berlangsungnya ekspo selama lima hari ini, sebanyak 515 syarikat dan agensi pempamer yang datang dari dalam dan luar China menumpu kepada pameran teknologi, produk dan perkhidmatan baharu yang melibatkan industri hulur, tengah dan hilir dalam pelbagai rantaian pembekalan.

Selaku ekspo peringkat kebangsaan yang bertemakan rantaian pembekalan yang pertama kali diadakan dalam senario global, CISCE menawarkan zon pameran yang melibatkan lima rantaian, iaitu kenderaan cerdas, pertanian yang mesra alam, sumber tenaga yang bersih, sains dan teknologi digital dan gaya hidup sihat serta zon pameran perkhidmatan.

Syarikat pempamer dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menempati 36% keseluruhan pempamer asing yang menduduki 26% keseluruhan pempamer Ekspo.

Dalam tempoh CISCE edisi pertama ini, enam forum akan turut diadakan termasuk yang bertemakan sumber tenaga bersih dan pertanian hijau yang diadakan di Beijing petang ini. Perbincangan yang dilakukan para peserta merangkumi topik "kerjasama antarabangsa rantaian sumber tenaga bersih" dan "bersama menggalaklan pembangunan hijau dan meneroka masa depan pertanian".

Dalam Forum Kumpulan Pemikir Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) petang ini juga, CCPIT akan mengeluarkan satu laporan mengenai penggalakan rantaian pembekalan sejagat untuk menganalisis trend perkembangan rantaian pembekalan sejagat dan pembentukan sistem analisis berkenaan.

Video

Berita Berkaitan