Kapal Tentera Laut Malaysia, Vietnam Akhiri Lawatan di Hong Kong

(CRI)Selasa 28 November 2023

Kapal peronda 'Selangor' Malaysia dan kapal frigat 'Quang Trung' Vietnam berlepas dari pangkalan tentera laut Ngong Shuen Chau setelah mengakhiri lawatan muhibah empat hari di Hong Kong pada Isnin.

Selain dijemput mengunjungi pusat pameran, anggota tentera laut kedua-dua negara juga berpeluang menyertai siri aktiviti budaya dan interaksi bersama anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang ditempatkan di Hong Kong, seperti pertandingan persahabatan bola sepak dan persembahan kesenian.

Video

Berita Berkaitan