Kapal Persiaran Gergasi Buatan China Pertama Hampir Siap

(CRI)Khamis 13 April 2023
Kapal Persiaran Gergasi Buatan China Pertama Hampir Siap

Kapal persiapan gergasi buatan China yang pertama kini sedang dalam fasa penyesuaian akhir dan akan diserahkan tidak lama lagi.

Sebagai produk elektromekanikal tunggal yang paling kompleks di dunia pada masa ini, bilangan alat komponen kapal persiaran gergasi tersebut mencapai sebanyak 25 juta, iaitu bersamaan dengan lima kali ganda daripada pesawat besar C919 dan 13 kali ganda daripada kereta api berkelajuan tinggi Fuxing.

Kapal persiaran tersebut dengan ketinggian 24 tingkat itu juga boleh memuatkan sehingga 6,500 orang, selain terdapat 14 tingkat dek di zon penginapan, riadah dan hiburan.

Di ruang awam yang seluas lebih 40,000 meter persegi pula dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah dan hiburan seperti restoran, teater, kawasan beli-belah, taman air, gim, dan gelanggang bola keranjang.

Keupayaan untuk mengeluarkan kapal persiaran gergasi yang memenuhi piawaian antarabangsa sepenuhnya menjadikan China negara kelima di dunia yang mampu membina kapal persiaran gergasi selepas Jerman, Perancis, Itali, dan Finland.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan