Lebuh Raya Rentas Laut Baharu China Hampir Siap

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 29 November 2023
Lebuh Raya Rentas Laut Baharu China Hampir Siap
Foto udara yang diambil pada 27 November 2023 ini menunjukkan pulau buatan barat sambungan Shenzhen-Zhongshan di provinsi Guangdong, selatan China. (Xinhua/Deng Hua)

Projek lebuh raya yang merentasi laut antara bandar Shenzhen dan Zhongshan di provinsi Guangdong, selatan China, kini selangkah lebih dekat untuk siap dibina.

Menurut Syarikat Kumpulan Komunikasi Provinsi Guandong, penuangan konkrit terakhir telah dilaksanakan pada Selasa, iaitu selari dengan kerja-kerja terhadap terowong bawah air tiub terendam yang hampir tamat, dengan menjangkau kira-kira 6.8 kilometer.

Difahamkan, terowong tersebut merupakan sebahagian daripada lebuh raya sepanjang 24 kilometer yang menghubungkan Shenzhen dan Zhongshan, yang terletak di kedua-dua belah Muara Sungai Mutiara.

Shenzhen-Zhongshan Link ialah projek hab pengangkutan teras di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau. Ia terdiri daripada satu terowong bawah air, dua jambatan dan dua pulau buatan, sekali gus menjadikannya salah satu projek kelompok rentas laut yang paling mencabar di dunia.

Video

Berita Berkaitan