Tren Pengangkut Bijirin Dilancar, Rancakkan Kerjasama China-Laos

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 04 Disember 2023

Pada 3 November, sebuah saluran baharu pengangkutan bijirin menerusi laluan Kereta Api China-Laos dilancarkan. (foto/CNR News)

Pada 3 November, sebuah saluran baharu pengangkutan bijirin menerusi laluan Kereta Api China-Laos dilancarkan. (foto/CNR News)

China Railway Kunming Bureau Group Co. Ltd. pada 3 November mengumumkan pelancaran sebuah saluran baharu pengangkutan bijirin menerusi laluan Kereta Api China-Laos. Menandakan pembukaannya, tren pengangkut pertama membawa jagung dari Laos berlepas dari Stesen Mohan di provinsi Yunnan pada hari sama.

Operasi tren ini juga menyediakan satu platform baharu untuk kerjasama dan pembangunan perdagangan bijirin antara China dengan Laos dan negara-negara lain.

Kereta api berkenaan dijadualkan tiba di Stesen Utara Mengzi dalam masa dua hari, sebelum muatannya diagihkan ke merata-rata tempat di China. Keseluruhan masa perjalanan adalah satu hingga dua hari lebih singkat jika dibandingkan dengan jalan raya, sementara kos pengangkutan pula 20% lebih rendah.

Video

Berita Berkaitan