China Terus Optimumkan Dasar Visa untuk Rancakkan Pergerakan Rentas Sempadan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 06 Disember 2023

Pelaksanaan dasar baharu yang membolehkan pelancong dari enam negara mengunjungi China tanpa visa telah membuahkan hasil yang positif. Ujar jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa, pihak kementerian akan terus mengoptimumkan dasar visa untuk memberikan lebih banyak kemudahan bagi pergerakan warga rentas sempadan.

Jurucakap, Wang Wenbin berujar demikian ketika diminta menghuraikan situasi terkini mengenai dasar bebas visa unilateral yang dikuatkuasakan oleh China bermula 1 Disember, yang melibatkan pemegang pasport biasa dari enam negara iaitu Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.

Memetik statistik jabatan imigresen negara, Wang memaklumkan bahawa hampir 18,000 orang dari enam negara terbabit telah masuk ke China pada 1 hingga 3 Disember, merekodkan kenaikan harian pada kadar 39 peratus berbanding 30 November.

Tambahnya lagi, kira-kira 7,000 orang telah memanfaatkan dasar bebas visa baharu ini, iaitu 39 peratus daripada jumlah warga yang datang berkunjung ke China dari enam negara tersebut.

Video

Berita Berkaitan