Indonesia Puji Projek Mercu Tanda BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 Disember 2023

Sebuah tren yang berjalan di landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung, yang dibina bersama oleh jurutera China dan Indonesia. (China Daily/Liu Yucai)

Sebuah tren yang berjalan di landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung, yang dibina bersama oleh jurutera China dan Indonesia. (China Daily/Liu Yucai)

HSR Jakarta-Bandung yang dibina oleh syarikat utama milik kerajaan dilihat berjaya meningkatkan aliran perjalanan tempatan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata laluan sepanjang 142.3 kilometer yang dibina bersama oleh jurutera China dan Indonesia itu akan meningkatkan perdagangan dan pelancongan dengan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar daripada lebih tiga jam kepada hanya 40 minit.

Beliau turut menyifatkan projek HSR pertama Indonesia dan Asia Tenggara yang dibuka pada 7 September lalu sebagai kebanggaan sistem pengangkutan negaranya.

Sebagai pencapaian Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), projek bernilai 8 bilion dolar Amerika itu merupakan cerminan kepada kerjasama pertama di luar negara bagi teknologi HSR China, dan menggabungkan keseluruhan rantaian bekalan.

Selesai dengan jayanya

HSR Jakarta-Bandung mempunyai empat stesen yang baru dibina iaitu Stesen Halim di bandar Jakarta, stesen Karawang, Padalarang dan Tegalluar di Jawa Barat, serta satu stesen gerabak enjin.

Syarikat Kumpulan Kejuruteraan Kereta Api China Nombor 4 (CREC4) merupakan salah satu syarikat yang membina laluan sepanjang 27.55 km, termasuk jambatan, Stesen Tegalluar dan stesen gerabak enjin Tegalluar.

Ketua jurutera dan ketua ekonomi jabatan pengurusan projek CREC4, Chen Yi berkata, pihak yang melakukan pembinaan menghadapi cabaran seperti hujan lebat, suhu turun naik, serta gunung, lembah dan bentuk geologi yang kompleks di sepanjang laluan.

Katanya, jumlah panjang jambatan meliputi 61.5 peratus, manakala panjang terowong pula adalah 11.7 peratus, sementara landasan jalan adalah 26.8 peratus.

Tambah Chen, dengan terdapatnya banyak petak tanah milik kerajaan serta tanah persendirian dan tanah komersial di sepanjang laluan, beberapa isu berkaitan pertikaian hartanah juga terpaksa diselesaikan.

Mengatasi penggalian yang sukar dan cabaran lain, syarikat pembina dari China mengikuti nod pembinaan utama untuk menyelesaikan kerja.

Stesen Karawang yang baru dibina terletak di Jawa Barat, Indonesia. (China Daily/Liu Yucai)

Stesen Karawang yang baru dibina terletak di Jawa Barat, Indonesia. (China Daily/Liu Yucai)

Melatih bakat tempatan

Dianggap sebagai sinergi antara BRI dan strategi Fulkrum Maritim Global Indonesia, projek kereta api itu juga memerlukan pengambilan dan latihan jurutera serta pekerja pembinaan tempatan.

Sepanjang tempoh pembinaan, CREC4 terus meningkatkan latihan untuk pekerja Indonesia, sekali gus membantu negara tuan rumah dalam penambahan kakitangan pembinaan HSR sendiri.

“Mengambil prinsip praktikal ‘tutor China + perantis Indonesia’, CREC4 membantu memupuk hampir 10,000 juruteknik pembinaan kereta api berkelajuan tinggi untuk pihak tuan rumah,” kata Chen.

Ikatan antara minda

"Pada mulanya, saya tidak biasa dan terikat dengan rakan sekerja Indonesia saya, tetapi dengan peningkatan komunikasi, kami mula memahami dan menyokong antara satu sama lain, dan saya dapat merasakan persahabatan kami semakin baik," kata Li Jinpeng, seorang kakitangan No 4 limbungan pembikinan rasuk CREC4.

Semasa tempoh pembinaan, meskipun dengan jadual kerja padat, jabatan pengurusan projek CREC4 turut menganjurkan pertandingan bola keranjang atau badminton pada waktu cuti.

"Walaupun kami datang dari negara yang berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza, saya berasa sangat gembira untuk menghabiskan percutian bersama seperti ahli keluarga," kata Marissa, seorang jurubahasa di bahagian No 2 jabatan pengurusan projek CREC4."

Katanya, untuk memastikan kemajuan HSR berjalan lancar, ramai rakan sekerja China tidak dapat pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga.

“Mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat, dan saya sangat menghargai mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka."

Video

Berita Berkaitan