Ganding Bahu Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam yang Signifikan dari Segi Strategik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 12 Disember 2023

Profesor Zhai Kun, Sekolah Perhubungan Antarabangsa Universiti Peking (PKU), Timbalan Presiden Institut Pengajian Negara dan Serantau.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam pada 12 dan 13 Disember, mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan parti. Lawatan ini meneruskan dan melanjutkan persahabatan tradisional dan membuka tirai baharu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang signifikan dari segi strategik, dalam konteks kedua-dua negara seiringan menghadapi peluang kritikal dalam sejarah untuk memajukan perjuangan sosialisme, mencari kerjasama dan pembangunan serta menjaga keamanan dan kestabilan serantau bahkan dunia.

Pertama sekali, hubungan antara kedua-dua parti dan negara terus mengerat. Sejak penubuhan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam, hubungan dua hala berkembang dengan mantap. Hari ini, China dan Vietnam komited untuk membina komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik. Ini menandakan hubungan saling hormat dan saling percaya dalam bidang politik telah mencapai tahap baharu, hubungan menang-menang dalam bidang ekonomi semakin rapat, pertukaran budaya semakin kerap, sementara pewarisan tamadun dan kebijaksanaan semakin baik. Tambahan pula, China dan Vietnam bekerjasama dalam urusan antarabangsa, bersama-sama menghadapi cabaran, serta menjaga keamanan dan kestabilan serantau dan dunia. Kerangka kerjasama sebegini telah membawa pelbagai faedah kepada rakyat dan menyumbang besar kepada pembangunan dunia secara harmoni.

Kedua, corak pertukaran pelbagai dimensi distabilkan secara berterusan. Kedua-dua negara telah membentuk corak pelbagai dimensi yang tersendiri dan berkesan antara parti politik, jabatan kerajaan, badan perundangan, kerajaan tempatan dan organisasi sivil. Komunikasi antara kedua-dua parti dan negara telah memperdalam pemahaman tentang konsep tadbir urus masing-masing. Kerjasama antara jabatan kerajaan kedua-dua negara mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi, pertukaran budaya dan aspek-aspek lain. Badan perundangan kedua-dua negara telah meningkatkan interaksi dan saling belajar dalam penggubalan undang-undang dan peraturan, yang menggalakkan pembinaan sistem undang-undang sosialis. Kerjasama kerajaan tempatan telah memperkaya kandungannya hingga memperhalus dasar dan langkah-langkah kerjasama, dan menambah inovasi bagi kerjasama kedua-dua pihak. Organisasi sivil menyuntik tenaga baharu bagi hubungan dua hala dengan meningkatkan persefahaman antara rakyat dan menggalakkan ikatan rakyat. Corak pertukaran sebegini bukan sahaja mencapai hasil yang lebih substantif di peringkat dua hala, tetapi juga memberi pengaruh yang lebih besar di peringkat serantau malah global, seiringan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Ketiga, perancangan strategik memberikan momentum berterusan kepada kerjasama. China dan Vietnam telah menandatangani dokumen kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan "Dua Koridor Satu Lingkaran", melambangkan kedua-dua pihak mencapai penjajaran kerjasama yang lebih mendalam bagi strategi pembangunan, bersama-sama mendorong kerjasama praktikal dalam industri produk pertanian, ketersambungan, teknologi canggih, pelancongan dan bidang lain. Kedua-dua pihak berusaha mendorong kerjasama strategik memasuki peringkat yang lebih komprehensif dan berkualiti tinggi, dan membawa peluang baharu kepada kemakmuran dan kestabilan kedua-dua negara malah serantau. Boleh dikatakan bahawa kerjasama kedua-dua pihak dalam pelan pembangunan strategik mewujudkan rangkaian kerjasama yang merangkumi pelbagai bidang dan berkongsi manfaat, membawa masa depan yang lebih baik kepada rakyat kedua-dua negara.

Lawatan Xi kali ini akan membantu China dan Vietnam bekerjasama membina komuniti berkongsi nasib yang signifikan dari segi strategik, dan menetapkan hala tuju baharu untuk pembangunan hubungan antara kedua-dua parti dan negara. Pada masa yang sama, lawatan ini juga akan membantu mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam dalam era baharu yang stabil, makmur dan berkongsi nasib, serta meneroka jalan pemodenan dunia yang aman, saling untung dan makmur bersama.

Video

Berita Berkaitan