Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 06 Disember 2023

Shenzhen sebagai satu bandar mega dengan penduduk padat, amat mementingkan penghijauan dan perlindungan alam sekitar. Yang pasti, Shenzhen memandang perlindungan alam sekitar sama penting dengan pembangunan ekonomi, dan terus menerokai jalan pembangunan mampan bagi bandar mega.

Taman Yunhai dan Taman Pantai Dameisha merupakan dua ikon dalam usaha daerah Yantian untuk memelihara ekologi, yang juga terkenal dengan pemandangan gunung dan laut. Selepas menjalankan projek komprehensif pemulihan ekologi di Taman Pantai Dameisha, terbentuk landskap kehijauan yang cukup semarak. Taman Yunhai pula terletak di kawasan teras Taman Banshan Yantian yang mempunyai laluan pejalan kaki sepanjang 69.5 kilometer. Keseluruhan kawasan hutan mempunyai kepekatan oksigen dan ion negatif yang tinggi, menggamit ramai pengembara beg galas, penunggang basikal dan pelancong apabila sampai hujung minggu atau hari cuti.

Mari kita lihat bagaimana Shenzhen mencapai keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar!

Video

Berita Berkaitan