Pemimpin Hamas Lawat Mesir Bincang Isu Gencatan Senjata

(CRI)Khamis 21 Disember 2023

Angka kematian di Genting Gaza direkod mencecah 20,000 sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel pada 7 Oktober, menurut kenyataan dikeluarkan jabatan kesihatan Gaza malam Rabu.

Sementara itu, akhbar The Times of Israel memetik sumber tentera melaporkan, seramai 133 askar Israel terbunuh sejak tentera negara itu melancarkan operasi darat di Gaza.

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dilaporkan bertolak ke Mesir pada Rabu untuk membincangkan isu seperti gencatan senjata dan pembebasan tahanan.

Video

Berita Berkaitan