China Berjaya Lancarkan Empat Satelit Meteorologi Tianmu-1

(CRI)Isnin 25 Disember 2023

China berjaya melancarkan empat satelit meteorologi ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 9.00 pagi tadi.

Satelit No.11, 12, 13, dan 14 Buruj Meteorologi Tianmu-1 dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Kuaizhou-1A dan telah memasuki orbit yang dijadualkan.

Keempat-empat satelit tersebut berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan berhubung data meteorologi komersial.

Untuk rekod, ini merupakan misi penerbangan ke-23 bagi roket pembawa Kuaizhou-1A. 

Video