RMB400 Juta Lagi Diperuntukkan Sokong Kerja Menyelamat di Gansu dan Qinghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 Disember 2023

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengurusan Kecemasan China pada Isnin sekali lagi memperuntukkan RMB400 juta daripada dana bencana kerajaan pusat kepada provinsi Gansu dan Qinghai untuk digunakan dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana, menempatkan mangsa sementara, memberikan pencen kepada keluarga mangsa terkorban,membina semula rumah dan kerja lain, agar memastikan mangsa bencana ada tempat tidur yang menahan cuaca sejuk, ada masakan disajikan, dan order pengeluaran dan kehidupan di kawasan bencana dapat pulih dengan secepat mungkin.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan bersama jabatan lain sudah mengerahkan dana bantuan sebanyak RMB700 juta kepada kedua-dua provinsi tersebut.

Video

Berita Berkaitan