Kesemua 1,165 Bilik Darjah Pasang Siap di Jishishan Selesai Dibina

(CRI)Ahad 31 Disember 2023

Gempa bumi yang berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda kaunti Jishishan provinsi Gansu telah menyebabkan 244 sekolah rosak pada tahap berbeza. Untuk memastikan para pelajar boleh memulakan persekolahan seperti yang dijadualkan pada semester musim bunga tahun depan, kerajaan tempatan telah mempercepatkan pembinaan bilik darjah pasang siap.

Setakat pukul 1.00 petang 29 Disember, kesemua 1,165 bilik darjah pasang siap untuk kawasan bencana telah selesai dibina dan akan dilengkapi bekalan elektrik tidak lama lagi, beserta semua peralatan pengajaran yang terbabit.

Video

Berita Berkaitan