Kerugian Akibat Pelanggaran Kapal Terbang Kira-kira 15 B: JAL

(CRI)Khamis 04 Januari 2024

Syarikat penerbangan Japan Airlines (JAL) hari ini mengumumkan bahawa kerosakan pesawat penumpang berikutan kejadian pelanggaran dua pesawat di Lapangan Terbang Haneda pada Selasa dijangka menyebabkan kerugian kira-kira 15 bilion yen (RM485.47 juta).

JAL berkata kerugian pada pesawat tersebut akan dilindungi oleh insurans penerbangan. Selain itu, kerugian jualan tiket dan pampasan untuk penumpang ekoran pembatalan penerbangan akan dikaji dengan lebih lanjut.

Video

Berita Berkaitan