Tentera DPRK Jalani Latihan Menembak

(CRI)Isnin 08 Januari 2024

Pasukan tentera Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menjalani latihan menembak menyasarkan empat kawasan di perairan barat daya pada Ahad, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Jabatan Pegawai Turus Am (GSD) Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata kawasan yang disasarkan tembakan peluru hidup tiada kaitan dengan garis sempadan ketenteraan, dan tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada negara musuh.

GSD menambah, latihan berkenaan merupakan latihan rutin anggota tentera DPRK dan dijalankan seperti yang dirancang.

Susulan itu, Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan mengeluarkan amaran kepada DPRK supaya menghentikan tembakan berkenaan.

Video

Berita Berkaitan