Lawatan Pasukan Pingpong Selak Lembaran Baharu Persahabatan China, AS

(CRI)Rabu 10 Januari 2024

Pertukaran lawatan pasukan pingpong belia menyingkap lembaran baharu kisah persahabatan China-Amerika Syarikat (AS) yang dilakar 'diplomasi pingpong' sekali gus menyuntik tenaga baharu kepada interaksi sesama rakyat.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menyusul Universiti Peking menghantar pasukan pingpong melawat AS dan delegasi pingpong dari Universiti Virginia mengunjungi China mutakhir ini.

Mao berkata makin rancaknya pertukaran sesama rakyat, maka makin kukuhnya asas untuk perkembangan hubungan dua negara dengan prospek lebih luas dan momentum lebih kuat.

China bersedia bersama AS melaksanakan konsensus mengenai pemerkasaan pertukaran sosiobudaya yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di San Francisco, menyemarakkan semangat 'diplomasi pingpong' dan terus melakar lembaran baharu persahabatan dalam kalangan rakyat.

Video

Berita Berkaitan