Restoran Ais, Hotel Ais, Dinding Mawar Ais: Harbin Hangatkan Musim Sejuk dengan Ais

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 Januari 2024
Restoran Ais, Hotel Ais, Dinding Mawar Ais: Harbin Hangatkan Musim Sejuk dengan Ais
Foto ini menunjukkan pemandangan udara bangunan “Sky Dance” di Dunia Ais dan Salji Harbin. (foto/www.dbw.cn)

Musim sejuk ini, Dunia Ais dan Salji Harbin membina sebuah bangunan berbentuk bunga lilac yang dinamakan “Sky Dance”. Dalam bangunan ini, terdapat restoran ais, hotel ais dan sebagainya.

Hidangan hotpot di restoran ais menjanjikan menu yang pelbagai. Hotel ais pula dilengkapi dengan bermacam-macam kemudahan termasuk katil ais, meja ais, sofa ais dan sebagainya. Melangkah masuk ke bilik ais, pengunjung boleh merasai pengalaman baru.

Di samping itu, Harbin membina dinding mawar ais berukuran 16 meter panjang dan 1.8 meter tinggi di Daerah Sejarah dan Kebudayaan Baroque, menarik ramai pelancong.

Video