Susunan Sama dengan 2024, Kalendar Lama 1996 Laris

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 Januari 2024

Susunan kalendar berjaya mencetuskan satu trend nostalgia di China apabila ramai yang membeli kalendar vintaj 1996 bagi menyambut tahun baharu.

Untuk rekod, tahun 2024 dan 1996 berkongsi struktur tahun lompat yang sama dan Hari Tahun Baharu Isnin, sekali gus menjadikan susunan tarikh sama.

Memetik data daripada Xianyu, platform jualan semula dalam talian yang popular itu merekodkan peningkatan enam kali ganda dalam carian untuk kalendar 1996 pada minggu lalu, dengan urus niaga mencapai rekod tertinggi.

"Rasa magis jelas terasa ketika membandingkan kesemua hari Ahad!" seru Li, jejaka yang lahir pada 1996.

Dia memperingati kalendar tahun yang sama itu dengan pembelian RMB69 (USD9.6) kalendar dinding tahun 1996 yang menampilkan bintang Hong Kong Aaron Kwok, mengisytiharkannya sebagai pelaburan yang berbaloi bagi seorang peminat.

Menurut Xianyu, terdapat lonjakan dalam kedua-dua senarai dan pembelian kalendar 1996 sejak 1 Januari. Pada 9 Januari, lebih 400 pengguna secara serentak mencari kalendar unik, menjadikan harga purata sekitar RMB94. Sesetengah kalendar unik seperti yang memaparkan watak popular termasuk Mickey Mouse atau Ultraman pula menyaksikan nilainya meningkat lebih 30 kali ganda.

Namun begitu, pengulangan kalendar ini hanya terpakai pada kalendar Gregorian, tanpa corak yang serupa untuk kalendar lunar Cina tradisional.

Sesetengah penjual melangkaui kalendar penuh, menawarkan halaman secara berasingan dengan harga RMB9.9 hingga RMB35 setiap satu. Satu halaman kalendar 1970-an memperoleh RMB35, manakala halaman 1996 berharga RMB27. Malah, bagi melengkapkan seluruh kalendar melalui halaman secara berasingan boleh menelan kos sehingga RMB9,882.

Menjelaskan tindakan meletakkan harga yang tinggi, seorang penjual menekankan sifat terpelihara yang dimiliki kalendar vintaj tersebut.

"(Kalendar) bukan hanya kertas, tetapi kenangan yang tidak ternilai," ujar seorang penjual.

Video

Berita Berkaitan