Xunpu, Saksi Sejarah Jalan Sutera Maritim

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 24 Januari 2024
Xunpu, Saksi Sejarah Jalan Sutera Maritim
Sanggul yang dibuat dalam amalan Zanhuawei perempuan Xunpu. (People’s Daily Online/Walid Abdallah)

Kampung Xunpu terletak di pesisir laut bandar Quanzhou, provinsi Fujian, di utara Pelabuhan Quanzhou yang merupakan titik permulaan Jalan Sutera Maritim pada masa lampau.

Bunga agak penting dalam adat Xunpu. Amalan menghadiahkan bunga bermaksud menghadiahkan restu, sementara memakai bunga bermaksud memakai restu, demikian maklum penduduk tempatan.

Dulunya, sejak usia 12 atau 13, perempuan Xunpu telah membuat sanggul berbentuk kerang dengan tulang ikan lalu memakai lingkaran bunga segar, ditambah lagi dengan beberapa bunga sutera. Itulah salah satu amalan gadis Xunpu yang digelar sebagai Zanhuawei.

Pada Dinasiti Song dan Yuan, dengan perdagangan laut makin rancak di Quanzhou, Xunpu telah menyaksikan ulang-aliknya kapal dagang dari seluruh dunia, ditinggalkan juga kesan sejarah Jalan Sutera Maritim di kampung kecil ini.

Pu Shougeng, penjawat awam yang mengendalikan perdagangan laut di Quanzhou pada masa lampau, adalah saudagar Arab. Beliau pernah membina sebuah taman di Quanzhou untuk menanam bunga yang dibawa dari negeri Arab. Pada masa ini, dapat dilihat juga bunga Arab dalam amalan Zanhuawei, iaitu bunga pekan.

Pada tahun 2008, adat perempuan Xunpu yang termasuk Zanhuawei tersenarai sebagai warisan budaya tidak ketara negara.

Sampai masa ini, perempuan di Xunpu masih mengamalkan Zanhuawei.

Video

Berita Berkaitan