Xi Mahu Pembangunan Daya Produktif Baharu Dipercepat

(CRI)Jumaat 02 Februari 2024

Usaha hendaklah dilakukan untuk mempercepat pembangunan daya produktif baharu dan memantapkan pembangunan berkualiti tinggi.

Penekanan itu dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada petang Rabu.

Xi berkata pembangunan berkualiti tinggi merupakan satu prinsip yang berdiri kukuh pada era baharu.

Pembangunan daya produktif baharu pula merupakan keperluan intrinsik dan tumpuan signifikan bagi menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, usaha inovasi perlu terus diperkasa bagi mempercepat pembangunan daya produktif baharu.

Video

Berita Berkaitan