Pelajar China, Malaysia Cipta Rekod dengan Tarian Naga Bersama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 04 Februari 2024

Pada 1 Februari, sempena majlis penutupan Pesta Seni Belia China-Malaysia 2024, seramai 170 belia dari China dan Malaysia mempersembahkan tarian naga bersama-sama.

“Naga” itu dinamakan Naga Persahabatan China-Malaysia dan direka bentuk berasaskan jalur gemilang Malaysia dan bendera lima bintang China, untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun ini. Panjangnya kira-kira 190 meter, dan kepala naga sahaja seberat 60 kilogram. Buku Rekod Malaysia menyenaraikannya sebagai “acara tarian naga yang terbesar”.

Video

Berita Berkaitan