Tren Perlahan Jamin Kelancaran pada Kemuncak TBC

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 02 Februari 2024
Tren Perlahan Jamin Kelancaran pada Kemuncak TBC
Penumpang dilihat berada di dalam tren di laluan kereta api Baoji-Chengdu pada 28 Januari 2024. (Xinhua/Zhang Bowen)

Landasan Baoji-Chengdu, iaitu laluan utama yang menghubungkan Baoji di provinsi Shaanxi di barat laut China dengan Chengdu di provinsi Sichuan, barat daya China, dibuka pada 1958 sebagai laluan kereta api elektrik pertama negara.

Berikutan faktor rupa bumi dan keadaan pembinaan, kereta api yang bergerak di landasan tersebut tidak boleh melebihi had laju 80 kilometer sejam.

Namun, bagi penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Pergunungan Qinling, kereta api tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang sangat perlu, dan telah banyak menggalakkan pembangunan pendidikan, pertanian serta pelancongan di kawasan itu.

Semasa musim kemuncak Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini, lebih daripada 200 kakitangan dari Syarikat Kumpulan China Railway Xi'an ditempatkan untuk bertugas di sepanjang laluan bagi memastikan operasi kereta api berjalan dengan lancar dan selamat.

Video

Berita Berkaitan