Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Azerbaijan

(CRI)Sabtu 10 Februari 2024

China mementingkan hubungan dengan Azerbaijan, dan bersedia bersama dengan Presiden Aliyev menaiktaraf hubungan diplomatik dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping semalam dalam perutusan tahniah kepada Ilham Heydar oglu Aliyev atas terpilihnya sebagai Presiden Azerbaijan untuk dua penggal berturut-turut.

Kata Xi, perkembangan hubungan China-Azerbaijan kekal sihat dan mantap pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kedua-dua negara teruja dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa agenda pembinaan bersama dalam kerangka "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI), dan mengekalkan penyelarasan erat dalam hal ehwal antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan