China, Azerbaijan Sepakat Perkasa Kerjasama Holistik

(CRI)Jumaat 16 September 2022
China, Azerbaijan Sepakat Perkasa Kerjasama Holistik

China dan Azerbaijan harus merancang hubungan dua hala dari perspektif strategik, memperkukuh kesalingpercayaan strategik, mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan, sekali gus memantapkan kolaborasi praktikal dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping semasa pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev di Wisma Tamu Negara Samarkand di Uzbekistan petang Khamis.

Xi turut mengalu-alukan Azerbaijan bersama China untuk menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global.

Beliau menyarankan kedua-dua pihak memperluas skala dagangan, mengoptimumkan struktur perdagangan, meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren kargo China-Eropah dan memperlicin rantaian bekalan antarabangsa.

China menyokong Azerbaijan bersinergi dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bagi mendorong keselamatan, kestabilan serta pembangunan dan kemakmuran serantau, katanya.

Dalam pada itu, Aliyev meluahkan kesediaan untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang dengan mengambil peluang daripada ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Azerbaijan-China.

Gaya Hidup