China, Honduras Tandatangani 'Program Tuaian Awal FTA'

(CRI)Sabtu 10 Februari 2024

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Menteri Pembangunan Ekonomi Honduras, Fredis Alonso Cerrato Valladares secara dalam talian menandatangani Program Tuaian Awal (EHP) Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kedua-dua negara semalam.

Sementara itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk membereskan prosedur domestik masing-masing demi menguatkuasakan EHP dengan secepat mungkin, di samping terus menggalakkan perundingan berhubung FTA.

Untuk rekod, sejak dimulakan pada Julai 2023, perundingan China-Honduras telah diadakan sebanyak tiga pusingan sehingga tercapainya EHP pada Disember tahun lalu. Termeterainya EHP semalam kondusif bagi penduduk awam dan sektor korporat kedua-dua negara seawal mungkin menikmati hasil kerjasama dalam bidang perdagangan bebas, dan juga berfaedah bagi mempercepat proses perundingan FTA, sekaligus mendorong perkembangan hubungan bilateral dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Video

Berita Berkaitan