Hong Kong Terima 750,000 Pelancong Sempena TBC

(CRI)Ahad 18 Februari 2024

Pengembara yang berkunjung ke Hong Kong sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) dijangka berjumlah kira-kira 750,000 bagi tempoh 10 hingga 13 Februari.

Menurut jurucakap kerajaan wilayah itu, sebanyak 650,000 daripadanya adalah pelancong dari Tanah Besar, melepasi paras yang direkod dalam tempoh sama 2018.

Statistik menunjukkan terdapat kira-kira 1,200 kumpulan pelancong Tanah Besar masuk Hong Kong dalam tempoh empat hari pertama cuti TBC, melibatkan hampir 40,500 pengunjung.

Video

Berita Berkaitan