Apa yang Mengujakan Semasa Tempoh Pengangkutan TBC ?

(CRI)Rabu 07 Februari 2024

Banyak badan media asing melihat kempen pengangkutan semasa tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) sebagai “tempoh migrasi tahunan yang berskala paling besar di dunia”.

Kempen pengangkutan semasa tempoh perayaan TBC 2024 dimulakan dari 26 Januari hingga 5 Mac, dengan memakan masa 40 hari. Menurut anggaran yang dibuat jabatan pengangkutan China, sebanyak sembilan bilion perjalanan rentas kawasan akan dilakukan di seluruh negara dalam tempoh tersebut, iaitu hampir dua kali ganda berbanding yang tercatat dalam tempoh serupa pada tahun 2023. Secara terperinci, sebanyak 1,500 keping tiket kereta api berkelajuan tinggi (HSR) boleh selesai dijual dalam masa sesaat sahaja semasa tempoh penjualan yang paling sibuk.

Agensi Reuters menganggap bahawa kempen pengangkutan semasa tempoh perayaan TBC di China bukan sahaja menunjukkan jumlah pengembara yang meningkat cepat, malahan juga menggambarkan keyakinan dan kedinamikan yang dibawa daripada ekonomi China yang kekal pulih.

Laman sesawang sebuah media Bangladesh menyifatkan kempen pengangkutan semasa tempoh perayaan TBC sebagai alamat yang menandakan penggunaan China akan menjadi hangat seperti yang dijangkakan pada tahun 2024. Ahli statistik meramalkan bahawa jualan runcit di China pada tahun ini akan melepasi RMB50 trilion (RM33.1 trilion), sekali gus merupakan penggerak besar bagi pertumbuhan ekonomi China.

Menurut data berkenaan, terdapat hampir 80 peratus pengembara memilih memandu kenderaan sepanjang perjalanan, dan ramai antara mereka memilih memandu kenderaan elektrik bateri (BEV) di sebalik konsep perjalanan hijau yang semakin dibudayakan. Serentak itu, empat pesawat besar C919 buatan China akan menjalankan 'penerbangan sulung' sempena kempen pengangkutan musim TBC tahun ini, dan Adora Magic City sebagai kapal persiaran besar buatan China yang pertama juga akan dijadikan salah satu pilihan bagi golongan pengembara. Agensi La Agencia EFE,S.A. menyatakan bahawa seiring dengan taraf hidup yang terus meningkat di China, rakyatnya mempunyai pilihan yang semakin fleksibel dan pelbagai untuk melakukan perjalanan.

Perlu dinyatakan bahawa seiring dengan penyempurnaan infrastruktur pengangkutan China dan perubahan dalam konsep perjalanan, destinasi perjalanan yang dirangkumi dalam kempen pengangkutan sempena TBC telah menjadi lebih pelbagai. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah membina rangkaian landasan kereta api berkelajuan tinggi yang terbesar di dunia, beserta rangkaian lebuh raya dan kluster pelabuhan yang bertaraf dunia, dan sudah dapat bersambung dengan seluruh dunia melalui laluan penerbangan dan perkapalan. Orang China bukan sahaja boleh memendekkan perjalanan pulang ke kampung halaman, tetapi juga boleh pergi ke lebih banyak "tempat yang jauh" berkat kesemua kemajuan yang dicapai tanah air mereka.

Baru-baru ini, perjanjian pengecualian visa dua hala antara China dengan Singapura dan Thailand telah ditandatangani, tambahan pula dikeluarkan langkah-langkah memudahkan pelancongan inbound di China, yang semua ini dilihat akan menggalakkan pelancongan sempena TBC. Menurut syarikat Skift yang menganalisis trend pelancongan, ini merupakan “berita yang amat disambut” bagi industri pelancongan sejagat.

Melalui kempen pengangkutan semasa tempoh perayaan TBC 2024, operasi ekonomi China sebagai yang kedua terbesar di dunia yang penuh dinamik dan akomodatif akan disaksikan dunia luar.

Video

Berita Berkaitan