Tinjauan pendapat anjuran CGTN mengenai ekonomi China II--Peningkatan Kualiti Ekonomi China Berkat Inovasi

(CRI)Isnin 26 Februari 2024

C919, pesawat penumpang mega China yang disifatkan sebagai ikon baharu "produk buatan China" dalam liputan media menyerlah pada Singapore Airshow 2024, hasil pertumbuhan ekonomi yang semakin rancak di negara ini.

Menurut satu tinjauan pendapat umum anjuran bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menerusi Institut Komunikasi Antarabangsa Era Baharu China, sebanyak 87.1 peratus responden di dunia menghargai pendekatan China memacu inovasi dalam bidang sains dan teknologi untuk meningkatkan kualiti ekonominya, dan percaya produktiviti baharu itu berfaedah bagi pemodenan China berkembang dengan cepat dan baik.

Dalam tinjauan pendapat umum itu, sebanyak 93.2 peratus responden berpendapat China amat kuat dalam bidang sains dan teknologi, dan 84.9 peratus daripada mereka percaya, hasil yang dibuahkan China dalam bidang sains dan teknologi memberi semakin banyak manfaat kepada masyarakat antarabangsa. Menurut data berkenaan, pembiayaan China dalam bidang penyelidikan asas meningkat kepada RMB202.35 bilion (RM134.3 bilion) pada tahun 2022 daripada RMB49.9 bilion (RM33.11 bilion) pada tahun 2012, sehingga dapat memberi sokongan besar kepada pelbagai sektor seperti maklumat kuantum, sel stem dan biologi sintetik, yang merekodkan pencapaian yang mengujakan. Dalam tinjauan pendapat umum itu, 85.4 peratus responden memberi penghargaan terhadap pelaburan dan keazaman China dalam inovasi teknologi secara bermandiri.

Modenisasi ala China merupakan satu proses pemodenan yang berteraskan pembangunan hijau. Menurut tinjauan pendapat umum itu, 91.9 peratus responden seluruh dunia menyanjung tinggi amalan China yang menghormati dan melindungi alam semula jadi berdasarkan tindakan yang selaras, serta usahanya dalam memperjuangkan matlamat mewujudkan simboisis harmoni antara manusia dengan alam sekitar dalam proses pemodenan.

Sementara itu, 59.7 peratus responden bersikap optimistik terhadap prospek pembangunan negara ini yang menekankan kualiti tinggi, dan berkeyakinan persekitaran alam China akan bertambah baik, dan lebih selaras dengan pembangunan sosioekonominya.

Video

Berita Berkaitan