China Eastern Terima Pesawat C919 Keempat

(CRI)Rabu 03 Januari 2024

Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) menyerahkan pesawat penumpang besar C919 keempat kepada syarikat penerbangan China Eastern Airlines untuk operasi komersial pada Selasa.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada pukul 9.44 pagi, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai pada pukul 10.02 pagi.

Difahamkan, China Eastern Airlines akan terus menerima pesawat C919 dari COMAC pada tahun ini.

Sehingga 31 Dis 2023, pesawat C919 China Eastern Airlines telah menyelesaikan 655 penerbangan komersial, menghantar 82,000 orang penumpang.

Video

Berita Berkaitan