Pusat Media Dua Sidang Tahunan Terpenting China Dibuka

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 28 Februari 2024
Pusat Media Dua Sidang Tahunan Terpenting China Dibuka
Pekerja menjalankan tugas di pusat media bagi sesi persidangan legislatif dan politik tahunan China di Beijing, 27 Februari 2024. (Xinhua/Li Xin)

Pusat media bagi sesi persidangan legislatif dan politik tahunan China yang akan berlangsung tidak lama lagi, dibuka di Hotel Pusat Media, Beijing, pada Selasa.

Sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 serta sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 masing-masing dijadualkan membuka tirai pada 5 dan 4 Mac.

Menurut pengumuman pusat media, lebih daripada 3,000 orang wartawan telah mendaftarkan diri untuk membuat liputan mengenai dua sesi persidangan itu, termasuk lebih 1,000 dari Hong Kong, Makau, Taiwan, dan dari seberang laut.

Dimaklumkan, dewan taklimat media dan bilik-bilik wawancara sudah pun tersedia untuk aktiviti temu bual yang akan diatur sepanjang tempoh persidangan.

Pusat berkenaan juga akan memanfaatkan kemudahan Internet untuk menawarkan pelbagai khidmat dan sokongan lain untuk melicinkan kerja jurnalis baik tempatan mahupun asing.

Selain itu, versi elektronik bagi dokumen-dokumen hasil acara persidangan utama akan disediakan kepada wartawan, yang bermakna mereka tidak lagi perlu beratur panjang di lokasi untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Bilik-bilik wawancara juga akan dipersiapkan di tempat-tempat penginapan wakil NPC dan anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, bagi memudahkan wartawan bertemu bual dengan mereka.

Video

Berita Berkaitan