Sumbangan China terhadap Pertumbuhan Global Dijangka Lebihi 30%

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 29 Februari 2024

Laporan tahunan ekonomi China 2023 dikeluarkan baru-baru ini. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 126 trilion yuan (kira-kira 83.39 trilion ringgit), naik 5.2% berbanding 2022. Peningkatan ini lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan global yang diunjurkan pada kira-kira 3%.

Dikira mengikut harga setanding, pertumbuhan ekonomi China pada 2023 akan melebihi 6 trilion.

Memetik Spanish Economist, “‘Gergasi Asia’ ini masih berkembang dengan kadar tahunan melebihi 5%” iaitu “5 kali ganda zon Euro.”

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi global akan melebihi 30%, kekal sebagai penggerak terbesar pertumbuhan ekonomi dunia.

IMF meramalkan bahawa dari tahun 2024 hingga 2025, kadar pertumbuhan ekonomi China akan kekal melebihi kadar global, jauh mendahului negara maju dan terus berada di kedudukan tinggi antara negara membangun.

Video

Berita Berkaitan